BAGAIMANA MEMILIH MODEM??????

| |

Memilih modem bergantung kepada faktor-faktor berikut :
a) Budget
b) Pemakaiaan
c) Kelajauan

Budget :
Walaupun ada modem yang lebih baik dari yang lain, tidak bermakna modem yang lain tersebut tidak boleh digunakan. Modem dalaman yang berjenis software modem adalah modem yang termurah iaitu disekitar RM70. Biasanya, bila kita membeli barangan yang murah, kita terpaksa berpuashati dengan hadnya ianya dapat berfungsi. Kebanyakan modem yang murah mengambil masa yang lambat untuk mendapat 'connection' serta tidak memberi kepuasan layaran yang diharapkan.

Pemakaian :
Pengguna juga perlu tahu kenapa modem diperlukan. Sekiranya modem yang hendak dibeli digunakan untuk penghantaran dan menerima data digital bagi kerja-kerja khusus, downloading dan uploading, modem yang lebih laju 'connection speednya' adalah lebih sesuai. Modem ini adalah lebih mahal tetapi memberi pulangan yang baik.

Kelajuan :
Bila kita bercakap tentang kecepatan atau kelajuan modem, biasanya ia bermakna keupayaan modem menghantar dan menerima data melalui talian telefon. Modem yang lebih mahal mempunyai perkakasan serta perisian yang baik untuk mempercepatkan proses pemindahan data melalui talian tersebut. Bersesuaian dengan ini juga, ia juga mempunyai fungsi untuk bertindak sebagai 'fax modem' serta mempunyai keupayaan suara. Pada masa ini, kelajuan yang paling tinggi dapat diterima oleh modem biasa melalui talian telefon adalah 56,600 bit sesaat (56kbs). Ini berbeza dengan modem ISDN dan DSL dimana tahap komunikasi adalah lebih tinggi (diantara 64kbs - 128kbs) disebabkan ianya menggunakan talian optik fiber.
Adalah menjadi kepercayaan bahawa talian telefon biasa hanya dapat memindah data pada kelajuan maksima 33.6 kilobit sesaat (kbs) sahaja melalui dawai tembaga. Tetapi dengan terciptanya satu teknologi baru yang dinamakan K56Flex, data melalui talian telefon tembaga ini dapat dipindahkan sehingga kelajuan 56kbs. Dengan ini, wujudlah sekarang apa yang dikenali sebagai K56Flex V.90 Modem yang dijual dikedai-kedai PC. V.90 adalah protokol dimana sesuatu modem perlu ada untuk mencapai tahap pemindahan selaju 56kbs Walaubagaimanapun, kelajuan ini hanya dapat dicapai sekiranya hos server menggunakan modem jenis yang sama. tidak ada makna sekiranya pengguna yang menggunakan modem yang berkelajuan 56kbs cuba untuk mencapai data pada kelajuan yang sama dari server yang hanya menggunakan modem 28.8kbs untuk penghantaran maklumat. Dibawah adalah senarai kelajuan modem yang menggunakan protokol pemindahan yang berbeda.

0 komentar:

Posting Komentar

.